FOTO Hiasan
BERNAMA

PEKERJA kilang perabot warga Nepal didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya, minggu lalu.

Tamang Man Bahadur, 22, didakwa membunuh Pradhan Ranjit, 25, di kilang perabot di Jalan Kesang Laut, Kesang, Tangkak, antara 10 malam dan 11.30 malam, 15 Oktober lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Norina Maludin, kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 15 November ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan pemeriksaan kesihatan mental tertuduh di Hospital Permai, Johor Bahru mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kartini Kasran manakala Tamang tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Oktober 2018 @ 11:53 AM