GAMBAR hiasan
Faris Fuad
faris.fuad@nstp.com.my


MAYAT bayi lelaki cukup sifat ditemui orang awam di flet di Jinjang, Kuala Lumpur, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dihantar ke lokasi terbabit mengesahkan perkara berkenaan.

“Bayi itu ditemui dalam keadaan dibungkus dengan plastik, namun usia dan bangsanya masih belum dikenal pasti.

“Mayatnya dibawa ke HKL untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi dengan sulit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Oktober 2018 @ 9:58 PM