Mary Victoria Dass
maryvictoria@nstp.com.my


WANITA warga emas yang digilis bas ekspres di Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral di Johor Bahru meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) jam 7.50 malam hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, mangsa Er Shok Siew, 80, meninggal dunia selepas beberapa jam menerima rawatan.

Menurutnya, mangsa dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas terbabit dalam kemalangan di terminal pengangkutan awam berkenaan jam 1 tengah hari.

Katanya, dalam kejadian itu kedua-dua kaki mangsa yang berasal dari Taman Bandar, Batu Pahat digilis bas ekspres terbabit.

“Kejadian pada awalnya disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) akta sama.

“Pemandu bas ekspres berusia 62 tahun akan ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Berita berkaitan

Nenek parah digilis bas ekspres

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Oktober 2018 @ 9:12 PM