AHMAD Hamidi hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad
Murni Wan Omar

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, 9.18 pagi hari ini bagi menghadapi 45 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Pertuduhan akan dibuat mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah.

Semua pertuduhan akan dibacakan hadapan Hakim Azura Alwi.

Pendakwaan diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Zahid diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Kitson Foong.

Turut kelihatan di dalam mahkamah adalah isteri Zahid iaitu Datin Seri Hamidah Khamis dan anaknya Datuk Nurul Hidayah.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi dan Ketua Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad juga berada di dalam dewan mahkamah.

Akhbar sebelum ini melaporkan bahawa pertuduhan yang dihadapi adalah berhubung penyelewengan dana Yayasan Akal Budi yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Oktober 2018 @ 9:25 AM