Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@nstp.com.my

Port Dickson : Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membantu kempen Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berupaya menarik orang ramai keluar mengundi.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata kesudian Pengerusi PH itu turun berkempen di Port Dickson menggambarkan komitmen membantu Anwar untuk mengembalikan Ketua Umum PKR itu dalam arena politik.


SAIFUDDIN

“Mengikut rekod, Tun M (Dr Mahathir) jarang turun membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK), termasuk ketika beliau bersama Barisan Nasional (BN).

“Apabila Dr Mahathir membuat keputusan hadir ke Port Dickson, sudah tentu jentera PKR sangat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran beliau.

“Dr Mahathir akan menyuntik semangat jentera dan pengundi terutama yang berada di luar untuk pulang mengundi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Oktober 2018 @ 3:22 AM