Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@nstp.com.my

HUJAN renyai mengiringi pengebumian jenazah anggota bomba, Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Terap, Pasir Mas, hari ini.

Jenazah anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bomba itu selamat dikebumikan pada jam 5.20 petang selepas disembahyangkan di rumah ibu bapanya.

Solat jenazah diimamkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Suasana pilu menyelubungi kira-kira 200 orang yang hadir termasuk ahli keluarga dan anggota bomba.

Muhammad Hifdzul Malik yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam adalah seorang daripada enam anggota yang maut ketika operasi mencari remaja yang lemas di sebuah kawasan tebatan lombong di Puchong, semalam.

Terdahulu, jenazah Muhammad Hifdzul Malik tiba di rumah keluarganya, jam 5 petang diiringi anggota bomba,

Lagi berita berkaitan Tragedi 6 Bomba Lemas

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Oktober 2018 @ 8:20 PM