Muhamaad Razis Ismail
razis@nstp.com.my


PENGASAS Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Datuk Adnan Hashim, yang diperintah membayar ganti rugi RM4.3 juta kepada bekas pelajarnya yang lumpuh akibat kemalangan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Kota Bharu, hari ini.

Notis rayuan itu difailkan menerusi Tetuan Tengku Azlina, Azlan Shah & Azman di kaunter pendaftar mahkamah, 11 pagi tadi dengan ditemani Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Maahad Tahfiz Al Hashimi, Ismail Ishak Akhbar sebelum ini melaporkan Mahkamah Sesyen Kota Bharu memerintahkan Maahad Tahfiz Al-Hashimi di Kuala Krai membayar ganti rugi am dan khas kerana kecuaian berjumlah RM4.3 juta, kepada bekas pelajarnya yang lumpuh akibat kemalangan pada Jun tahun lalu.

Hakim Nazri Ismail memerintahkan tiga defendan iaitu pemandu van, Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 25, CT-One Corporation Sdn Bhd dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi bertanggungjawab secara vikarius dengan membayar kos itu kepada Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Izahir, 18.

Jumlah berkenaan termasuk ganti rugi terhadap Muhammad Faiz Hafizuddin yang retak saraf tunjang sehingga menyebabkan mangsa lumpuh seumur hidup serta kos pembelian lampin pakai buang, tiub makanan dan jururawat persendirian.

Sementara itu, Adnan ketika ditemui berkata, pihaknya memfailkan rayuan itu demi menegakkan keadilan.

"Kita percaya masih ada ruang untuk buat rayuan berhubung keputusan mahkamah itu.

"Perkara yang kita nak rayu itu, kita akan perincikan dalam mahkamah nanti," katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah, hari ini.

Menurutnya, pihaknya tidak pernah lepas tangan dalam membantu pelajar yang terbabit dalam kemalangan itu.

"Rawatan masa di hospital untuk pembedahan kita tanggung sekitar RM20,000 dan ada juga sumbangan daripada pihak lain.

"Selepas keluar hospital, kita beri bantuan dari semasa ke semasa. Malah kita turut ubahsuai rumah dan katil untuk keselesaan (Muhammad Faiz) di Maahad Tahfiz," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya menerima keputusan mahkamah baru-baru ini sebagai ujian dari Allah.

Berita berkaitan

'Ini semua ujian Allah SWT'

Maahad tahfiz diperintah bayar RM4.3 juta [METROTV]

Detik hitam 2 Jun

''Angah dah mula cakap, boleh berdoa''

Semoga Angah cepat sembuh [METROTV]

Arwah mahu adik jadi hafizah

Tak mahu ingat lagi

Sebak terima sijil hafiz anak terlantar kemalangan

MAIK terus bantu pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi

'Budak-budak itu semua ahli syurga...' [METROTV]

Salah tetap salah

'Semoga roh mereka dicucuri rahmat [METROTV]

'Terbabas selepas potong kereta

Jadi pemandu lima bulan lalu

Mangsa ketujuh meninggal dunia انا لله وانا اليه راجعون

Seorang lagi anak tahfiz maut

Hafiz, perginya di penghulu segala hari

Tragedi pilu anak tahfiz [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Oktober 2018 @ 3:01 PM
ADNAN (tengah) memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kota Bharu yang memerintah Maahad Tahfiz Al-Hashimimembayar ganti rugi am dan khas RM4.3 juta kepada bekas pelajar yang terbabit dalam kemalangan pada Jun 2017. FOTO Syamsi Suhaimi