Sultan Ibrahim memuat naik gambar dakwaan yang tular di media sosial. FOTO Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Mohd Sabran Md Sani
sab@nstp.com.my


SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berdukacita dengan tindakan segelintir pihak yang sengaja melemparkan fitnah terhadap Keluarga Diraja Johor berkaitan pengambilan tanah.

Baginda amat kesal apabila terdapat dakwaan yang kini tular di media sosial mendakwa Keluarga Diraja Johor mengambil tanah sekolah agama swasta di Johor Bahru.

"Jangan senang sangat membuat apa-apa atau sebarang kenyataan tanpa merujuk terhadap mereka yang berkaitan (officials) atau kerajaan dahulu," titah baginda menerusi Royal Press Office (RPO), di Johor Bahru, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, perkara itu juga sengaja disebarkan dalam media sosial walaupun berita terbabit adalah tidak benar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Oktober 2018 @ 8:09 PM