ANTARA botol arak dyang mengandungi bahan Metanol dirampas oleh sepasukan Polis di Jalan Selingsing 4. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Hasbi Sidek
cnews@nstp.com.my


DUA lagi kes kematian dilaporkan membabitkan keracunan metanol di Selangor sehingga 6 petang tadi masing-masing di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang menjadikan jumlah keseluruhan di negeri itu sebanyak 27 kes.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, kedua-dua kes terbaru keracunan metanol itu membabitkan warga Myanmar berusia 30-an yang meninggal dunia hari ini.

“Sehingga 6 petang tadi sebanyak 59 kes dilaporkan di Selangor membabitkan 27 kes kematian, dengan dua kes kematian lagi dilaporkan di Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh.

“Mangsa dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 19 September lalu, manakala di Hospital Selayang mangsa dimasukkan pada 17 September,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sehingga hari ini seramai 21 individu sudah dibenarkan keluar dari wad, manakala 11 lagi masih dirawat.

“Pecahan mengikut negara mangsa yang meninggal dunia adalah warga tempatan dua kes, sembilan warga Nepal, 12 warga Myanmar, satu warga India dan satu kes tidak dapat dikenal pasti kewarganegaraan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 September 2018 @ 9:01 PM