SUPAR (gambar kecil) hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam air terjun Lubuk Kain, Kampung Syukur, Dungun, hari ini. FOTO Rosli Ilham.
Rosli Ilham
cnews@nstp.com.my


LELAKI warga Thailand dikhuatiri lemas ketika berkelah di kawasan air terjun Lubuk Kain, Kampung Syukur, dekat Dungun, hari ini.

Mangsa, Supar Jehteh, 18, berasal dari Pattani, Thailand dikatakan pergi berkelah bersama 11 rakan lain membabitkan lima lelaki dan enam perempuan, pada jam 11.45 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Jaswari Awang berkata, mangsa bersama tiga rakan naik ke atas batu besar di situ.

Menurutnya, pada 2 petang dua rakannya itu turun untuk makan tengah hari dan sebaik naik semula ke atas batu itu, mereka mendapati mangsa tiada di situ.

“Menyedari kehilangan mangsa, rakannya mencari di sekitar kawasan terbabit bersama penduduk kampung, namun tidak menjumpainya.

“Selepas dua jam melancarkan gerakan mengesan mangsa, penduduk kampung membuat laporan di BBP AMBS,” katanya kepada NSTP ketika ditemui di tempat kejadian.

Jaswari berkata, pihaknya yang menerima laporan pada 4.15 petang bergegas ke lokasi kejadian bersama enam anggota.

“Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam lubuk terbabit ketika dalam perjalanan turun untuk makan tengah hari.

“Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan termasuk meminta bantuan Unit Scuba dari BBP Kuala Terengganu dan Kuala Berang,” katanya.

Beliau berkata, sehingga jam 7.15 malam, pihaknya masih Sebelum ini, sudah enam kejadian lemas dilaporkan di di Lubuk Kain termasuk kejadian terbaru pada 21 Ogos lalu apabila dua sahabat Muhammad Arif Haikal Amran, 16 dan Muhammad Hafiz Asran, 16, lemas di kawasan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 September 2018 @ 9:20 PM