ADNAN Hashim. FOTO arkib NSTP
Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my


“SAYA terima keputusan mahkamah dan menganggap apa yang berlaku adalah ujian Allah.”

Demikian luahan Pengasas Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Datuk Adnan Hashim ketika mengulas keputusan mahkamah yang memerintahkan beliau membayar RM4.3 juta kepada bekas pelajarnya yang lumpuh akibat kemalangan Jun tahun lalu.

Adnan berkata, beliau akan membuat rayuan kerana tidak mahu apa yang berlaku terhadap maahad tahfiz miliknya akan menggagalkan atau menurunkan semangat usaha yang dibuat pejuang agama terutama dalam bidang tahfiz.

“Saya sendiri tidak mahu keluarga serta anak cucu saya yang bakal meneruskan tahfiz ini kecewa dan tidak mahu teruskan perjuangan yang amat penting kepada Islam dan negara.

“Pengajian di maahad tahfiz saya amat sistematik dan hasrat untuk menubuhkan maahad itu untuk melahirkan anak bangsa menjadi insan berguna di dunia dan akhirat.

“Alhamdulillah saya dikurniakan rezeki yang cukup untuk mendidik anak-anak ini secara percuma,” katanya yang mengetahui keputusan mahkamah itu sebaik tiba di London atas urusan perniagaan.

Adnan yang memuat naik video di Facebook itu berkata, beliau amat kecewa dengan keluarga mangsa yang sudah dipujuk, malah kos pembedahan sepanjang berada di hospital juga ditanggung pihaknya.

“Selepas keluar hospital, saya menempatkan mangsa dan keluarganya di rumah khas kerana hasrat saya untuk menjadikan mangsa sebagai duta al-Quran apabila dia sembuh dan alhamdulillah keadaannya semakin baik.

“Muhammad Faiz Hafizuddin dan keluarganya keluar dari rumah maahad tahfiz pada Jun lalu dan terjawablah persoalan kami kenapa mereka keluar.

“Saya menganggap ini semua ujian Allah dan semoga tindakan seterusnya yang saya lakukan dirahmati Allah,” katanya.

Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini memerintahkan Maahad Tahfiz Al-Hashimi di Kuala Krai membayar ganti rugi am dan khas kerana kecuaian berjumlah RM4.3 juta, kepada bekas pelajarnya yang lumpuh akibat kemalangan pada Jun tahun lalu.

Hakim Nazri Ismail memerintahkan tiga defendan iaitu pemandu van, Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 25, CT-One Corporation Sdn Bhd dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi bertanggungjawab secara vikarius dengan membayar kos itu kepada Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Izahir, 18.

Jumlah berkenaan termasuk ganti rugi terhadap Muhammad Faiz Hafizuddin yang retak saraf tunjang sehingga menyebabkan mangsa lumpuh seumur hidup serta kos pembelian lampin pakai buang, tiub makanan dan jururawat persendirian.

Berita berkaitan

Maahad tahfiz diperintah bayar RM4.3 juta [METROTV]

Detik hitam 2 Jun

''Angah dah mula cakap, boleh berdoa''

Semoga Angah cepat sembuh [METROTV]

Arwah mahu adik jadi hafizah

Tak mahu ingat lagi

Sebak terima sijil hafiz anak terlantar kemalangan

MAIK terus bantu pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi

'Budak-budak itu semua ahli syurga...' [METROTV]

Salah tetap salah

'Semoga roh mereka dicucuri rahmat [METROTV]

'Terbabas selepas potong kereta

Jadi pemandu lima bulan lalu

Mangsa ketujuh meninggal dunia انا لله وانا اليه راجعون

Seorang lagi anak tahfiz maut

Hafiz, perginya di penghulu segala hari

Tragedi pilu anak tahfiz [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 September 2018 @ 3:58 PM