Rohaniza Idris
roha@nstp.com.my


PERATUSAN keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia masih rendah dengan 18 peratus setakat 10 pagi, hari ini.

Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan ringkas.

Sebelum ini SPR menganggarkan antara 70 pengundi akan keluar menunaikan kewajipan mereka di PRK Seri Setia.

PRK Seri Setia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar dan Dr Halimah Ali daripada PAS.

Sebanyak 18 pusat pengundian dengan 109 saluran bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 50,722 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Kesemua pusat pengundian akan ditutup pada 5:30 petang ini.

Pada 4 September lalu 2,770 pengundi berdaftar membabitkan 2,597 anggota tentera serta pasangan mereka dan 173 anggota polis terlibat untuk pengundian awal.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 September 2018 @ 11:19 AM
PENGUNDI menuju ke kotak untuk mengundi di SK Kampung Lindungan, Petaling Jaya. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali