YANG Hyun (dua kanan), hos CJ WOW SHOP Jimmy Shanley (kiri) dan Mimie Haris (kanan) bersama Rusliana yang diumumkan sebagai pelanggan ke sejuta, hari ini.
Siti Salmiah A Hamid
salmiah@nstp.com.my


RANGKAIAN beli-belah dari rumah yang inovatif, CJ WOW SHOP mencapai sasaran apabila melepasi sejuta pelanggan, hari ini selepas beroperasi sejak April 2016.

Pelanggan bertuah, Rusliana Sigian dari Bandar Sri Damansara, muncul pembeli ke sejuta menerusi pembelian ‘Spinax Zero Gravity Lounge Chair’.

Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP Kim Yang Hyun berkata, pencapaian itu berjaya mengukuhkan kedudukan jenama berkenaan sebagai peneraju perkhidmatan beli-belah dari rumah yang menawarkan produk bermutu tinggi, inovatif serta mampu meningkatkan kualiti kehidupan pengguna Malaysia.

“CJ WOW SHOP memberikan pengalaman ‘shoppertainment’ secara langsung agar pengguna berpuas hati sepenuhnya dengan pembelian yang bukan saja menghiburkan, malah sebagai platform yang dipercayai dan disukai pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pertemuan untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Rusliana menerusi jelajah ‘WOW in a Million’.

Perkembangan terkini itu menyaksikan CJ WOW SHOP kini mengukuhkan sasaran, melepasi pendapatan tahunan RM200 juta menjelang akhir tahun ini.

Kejayaan itu juga hasil pelbagai inisiatif menerusi pelancaran kempen sepanjang tahun, bermula kempen ulang tahun kedua iaitu ‘2 Tahun, Lebih WOW!’ yang mencatatkan tiga kali ganda pelanggan berbanding harian.

Setakat ini, rangkaian beli-belah CJ WOW SHOP berjaya meluaskan pelanggannya kira-kira 56 peratus sejak hujung 2017, selain mengekalkan kepercayaan pelanggan dengan pembelian berulang oleh 100 pelanggan utama yang membelanjakan hampir RM14,600 seorang pada setiap pembelian.

Selain itu, bagi mengiktiraf sumbangan penting pelanggan, CJ WOW SHOP memulakan inisiatif ‘WOW in a Million’ sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.

Yang Hyun berkata, kejayaan platform itu adalah hasil kepercayaan dan kepuasan pelanggan setia yang menyokongnya sepanjang tahun ini.

“Justeru, kami terus meningkatkan usaha untuk mencapai sasaran terbaru selepas melepasi yang lain.

“WOW in a Million memberi kami peluang menghargai pelanggan dan peminat menerusi penjimatan besar, ganjaran misteri dan pelbagai kejutan yang menggembirakan mereka,” katanya.

Untuk melengkapkan kempen itu, pembeli diberi ganjaran bernilai RM20 untuk setiap pembelian seterusnya melalui platform e-dagang CJ WOW SHOP bermula 1 hingga 30 September ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 September 2018 @ 9:27 PM