KEADAAN wanita warga Bangladesh selepas ditikam suaminya. FOTO NSTP
Faris Fuad
faris.fuad@nstp.com.my


WANITA Bangladesh cedera selepas ditikam tiga kali di bahagian perut di rumah di Taman Bukit Teratai, Ampang, 5.30 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, mangsa berusia 26 tahun ditikam menggunakan objek tajam oleh suaminya selepas berlaku pertengkaran.

Susulan itu katanya, suspek yang juga pelarian Rohingya dari Myanmar melarikan diri dari tempat kejadian.

“Mangsa datang ke Malaysia dua tahun lalu dan berkahwin dengan suspek berkenaan.

“Semakan lanjut mendapati dua individu berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

“Pemeriksaan awal di hospital pula mendapati kecederaan dialami mangsa tidak serius dan tidak menembusi usus.

“Mangsa dipindahkan ke wad biasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 September 2018 @ 12:01 PM