Foto ARKIB NSTP
Nor Azizah Mokhtar
cnews@nstp.com.my


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran membabitkan enam pegawai kanannya, hari ini berkuat kuasa 1 Oktober depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran membabitkan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Operasi) Sabah, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Razak Hassan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua JPJKK (Perancangan Strategik) Pahang.

Penolong Pengarah Kepolisan Am, Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK Bukit Aman, ACP Yusuh Mat Tais akan mengambil alih tugas Abdul Razak sebagai Timbalan Ketua JPJKK (Operasi) Sabah.

"Pertukaran lain membabitkan Superintendan Penilaian Prestasi dan Pemeriksaan, Cawangan Penilaian Prestasi dan Pemeriksaan Pusat Penyelidikan Sumber dan Kajian Kurikulum, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Superintendan Zaiton Hussain.

"Beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, Pegawai Pemerintah Batalion 3 Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bidor, Perak, Superintendan Wan Hamzah Wan Kadir pula dilantik sebagai Timbalan Komandan (Latihan) Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dengan memangku pangkat ACP.

"Pegawai Turus Risikan Cawangan Risikan/Operasi, Bahagian Pematuhan Standard JIPS Bukit Aman, Superintendan Zamri Deris dilantik sebagai Penolong Pengarah (Siasatan/Perundangan/Kajian Kes), Bahagian Pematuhan Standard JIPS Bukit Aman.

"Beliau turut memangku pangkat ACP," katanya.

Menurut Asmawati, pertukaran terakhir membabitkan Ketua Polis Daerah Tenom, Sabah, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Sabah dengan memangku pangkat Superintendan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Ogos 2018 @ 12:11 PM