KAKITANGAN Jabatan Perhutanan Kelantan bersama kakitangan PTG merobohkan sekatan laluan balak di Kampung Depak, Pos Tohoi.
Ramli Ibrahim
cnews@nstp.com.my

Gua Musang: Jabatan Perhutanan Kelantan semalam, merobohkan tiga sekatan yang dibina penduduk Orang Asli yang mahu menghalang kerja pembalakan di kawasan mereka.

Operasi disertai lebih 200 kakitangan jabatan itu bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan dilakukan secara aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Kira-kira 150 penduduk Orang Asli yang melakukan benteng di kawasan tiga sekatan itu hanya memerhatikan saja tindakan pihak berkuasa itu.

Operasi bermula jam 10 pagi dan ia dikawal 234 anggota polis dan anggota Pasukan Gerak Am (PGA).

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, sebelum itu pihaknya memberi nasihat kepada penduduk Orang Asli supaya tidak bertindak di luar kawalan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Ogos 2018 @ 11:20 AM