PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) melakukan usaha mengesan mangsa lemas ketika mandi di Pantai Teluk Kalong. Gambar kecil, Khairul Ikmal Daniel Zamzuradi. FOTO Rosli Ilham
Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@nstp.com.my


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) tiga sahabat yang lemas di Pantai Teluk Kalong, Kijal, Kemaman, sejak petang kelmarin tamat pagi ini, selepas mayat mangsa terakhir ditemui, 9.45 pagi, hari ini.

Mayat Khairul Ikmal Danial Zamzuradi, 19, ditemui terdampar pada jarak 2.1 kilometer dari Pos Kawalan Bomba di pantai itu.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata, mayat mangsa ditemui anggota pasukan SAR di gigi air pantai itu.

"Alhamdulillah akhirnya semua mangsa berjaya ditemui dan operasi ditamatkan 11 pagi ini.

"Pengecaman mayat mangsa dibuat oleh ahli keluarganya dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum boleh dituntut untuk urusan pengebumian.

"Kita berharap semua ahli keluarga tabah menerima ketentuan ini," katanya di sini, hari ini.

Khairul Ikmal yang juga penuntut Diploma Pengajian Perniagaan Politeknik Kok Lanas, Kelantan, bersama dua lagi sahabatnya, Shahir Aqil Shahrun, 19, dan Ahmad Daniel Firdaus Zubir, 19, lemas selepas mandi di pantai itu bersama empat lagi bekas rakan sekolah 6.20 petang kelmarin.

Berita berkaitan

[UPDATE] Alhamdulillah dah jumpa lagi seorang

[UPDATE] Arwah patut lapor diri di Kem SUKMA

'Tiba-tiba air pasang'

[UPDATE] Dah jumpa seorang, cari lagi dua

[UPDATE] Ya Allah, semoga anakku selamat...

[UPDATE] Terkilan gagal selamat rakan

Tiga sahabat hilang di laut

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Ogos 2018 @ 11:11 AM