LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@nstp.com.my

SEBANYAK 640 ujian saringan air kencing sudah dijalankan RapidKL terhadap pemandu basnya, dari Januari hingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Mohd Azam Omar berkata, melalui ujian saringan itu, hanya seorang pemandu bas positif dadah.

Menurutnya, pihaknya memandang serius penyalahgunaan dadah dalam kalangan kakitangan dan sentiasa melakukan saringan rambang dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

"Ujian saringan yang dilakukan ini lebih tinggi berbanding tahun 2017 iaitu sebanyak 588 ujian dijalankan dan lima pemandu bas didapati positif.

"Pemandu bas yang didapati mengambil bahan terlarang menerusi ujian air kencing akan digantung tugas serta-merta," katanya.

Mohd Azam berkata, pemandu bas yang terbukti bersalah akan terus dibuang kerja.

“Bagaimanapun, pemandu bas boleh mengemukakan surat doktor sekiranya mereka ada mengambil sebarang ubat sebagai bukti membela diri.

“Pihak pengurusan tidak akan berkompromi dalam isu pengambilan bahan terlarang. Sebagai pemandu bas, keselamatan penumpang di bawah tanggungjawab mereka," katanya.

Katanya, RapidKL juga kini dalam proses mentaksir kerugian kerosakan tujuh kenderaan yang rosak dalam kejadian di Jalan Ampang, Khamis lalu.

"Kos kerugian daripada insiden di AU2 Taman Keramat, impak kos yang berbangkit daripada insiden berkenaan masih sedang ditaksir.

"Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi kami di alamat emel suggest@rapidkl.com.my untuk maklumat lanjut berhubung proses tuntutan insurans," katanya.

Berita berkaitan

Kes bas RapidKL: polis kesan beberapa saksi>

Pemandu bas Rapid KL direman>

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/08/368937/update-rupanya-khayal-syabu>

'Mana ada pedang samurai'>

[UPDATE] Pemandu bas Rapid KL masih hidup lah>

Apa masalah pemandu bas ni? [METROTV]

[UPDATE] RapidKL sedia bayar ganti rugi

[UPDATE] Pemandu bas RapidKL panik dikejar?

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Ogos 2018 @ 3:22 PM