LOKASI penemuan mayat bayi terbabit. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham
cnews@nstp.com.my


MAYAT bayi lelaki ditemui di belakang sebuah gudang berhampiran Petronas GPP 5 & 6, dekat Kampung Santong, Dungun, pagi tadi.

Mayat bayi itu yang dibalut tuala dan ditanam di dalam sebuah lubang ditemui kira-kira jam 8 pagi.

Penduduk Jasmi Mohd, 32, yang menemui mayat bayi malang itu kemudian menghubungi Balai Polis Ketengah Jaya.

Sepasukan polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan mendapati tali pusatnya sudah tertanggal.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, pasukan forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri Terengganu dipanggil untuk menjalankan siasatan lanjut.

Kes penemuan bayi itu kes kedua berlaku di daerah itu dan pada 4 Jun lalu, mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di tapak pelupusan sampah di Kampung Bukit Lat dekat Dungun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Ogos 2018 @ 2:31 PM