LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Iskandar Shah MohamedDawn Chan dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Seri Nor Nadiah Koris
cnews@nstp.com.my

KAPAL mewah 'The Equanimity' yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijangka tiba di Boustead Cruise Centre di Pelabuhan Klang, jam 12 tengah hari ini.

Difahamkan, sebaik tiba di jeti itu, pasukan khas dari Mahkamah Tinggi akan menjalankan pemeriksaan terlebih dulu selain satu mesyuarat diadakan.

Ia dikatakan turut membabitkan penjualan atau lelongan kapal berharga RM1 bilion milik ahli perniagaan Low Teak Jho atau Jho Low itu.

Sejurus selesai, petugas media akan dibenarkan untuk membuat liputan lanjut di lokasi itu.

Berita lanjut menyusul:

Berita berkaitan:

[UPDATE] Equanimity masuk Selat Melaka

The Equanimity mungkin dijual...

Belayar 'pulang' ke Pelabuhan Klang [METROTV]

The Equanimity diserahkan kepada Malaysia?

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Ogos 2018 @ 11:25 AM