LOKASI lelaki ditemui lemas dalam kolam ikan terbiar di Kampung Semera, Asajaya, Kota Samarahan, hari ini. FOTO Ihsan JBPM
Mohd Roji Kawi
mdroji@nstp.com.my


LELAKI ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam kolam ikan terbiar di Kampung Semera, Asajaya, Kota Samarahan, hari ini.

Mangsa Hadiman Musli, 26, ditemui orang ramai di dasar kolam sebelum panggilan kecemasan kepada pihak bomba dibuat bagi memaklumkan kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sebaik menerima panggilan pada jam 5.52 petang, anggota EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dikejarkan ke lokasi.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Asajaya, namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya, berdasarkan keterangan saksi, mangsa terjatuh ke dalam kolam berkenaan ketika mencari ikan di tebing kolam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Julai 2018 @ 9:16 PM