Hidayatul Akmal Ahmad
hidayatulakmal@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan mengecam undang-undang kerajaan Israel yang prejudis dan terus menghina serta menekan rakyat Palestin.

Nurul Izzah Anwar (PH-PKR Permatang Pauh) berkata, kerakusan Israel itu menjadikan wilayah Asia Barat terus bergolak.

“Dalam kamar khas tadi, beberapa cadangan dibangkitkan di peringkat Kementerian Luar.

“Pejabat Timbalan Perdana Menteri juga mewujudkan akaun khas Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) iaitu badan sah yang beroperasi di Gaza.

“Ia menempatkan 300,000 anak Palestin yang berada di 700 sekolah di seluruh Gaza dan kawasan setempatnya,” katanya kepada media di Lobi Parlimen, semalam.

Nurul Izzah berkata, kerajaan akan memastikan dana diterima daripada Kerajaan Arab Saudi, Kerajaan Qatar dan Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) disalurkan kepada Palestin.

“Saya bersyukur kita bersatu hati dalam pendirian Malaysia yang tegas dan harap dipersetujui setiap Ahli Parlimen,” katanya.


NURUL Izzah Anwar (kiri). FOTO Mohd Yusni Ariffin

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Julai 2018 @ 10:34 AM