WARGA emas menanggung azab selepas kaki kirinya hancur digilis lori pasir di Batu 14, Hulu Langat. FOTO NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@nstp.com.my


WARGA emas terpaksa menanggung azab apabila kaki kirinya hancur digilis lori pasir di Batu 14, Hulu Langat, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian 12.15 tengah hari itu, mangsa berusia 60-an menunggang motosikal jenis Honda Wave terbabit dalam kemalangan sebelum mangsa terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.16 tengah hari sebelum satu jentera di gerakkan ke lokasi kejadian.

"Setiba di tempat kejadian, mangsa sudah dibawa ke hospital oleh orang awam yang berada di lokasi.

"Mangsa didapati hancur kaki kiri selepas digilis lori berkenaan, akibat terjatuh dari motosikal," katanya ketika dihubungi, disini, hari ini.

Mohd Jaslizad berkata, setakat ini identiti dan maklumat berhubung mangsa belum dikenal pasti.

"Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang akibat kecederaan yang dialami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Julai 2018 @ 8:24 PM