BOMBA memadamkan kebakaran di tingkat empat Bangunan Akademik di Politeknik Port Dickson (PPD). FOTO Ihsan Bomba
Mohd Khidir Zakaria
cnews@nstp.com.my


TINGKAT empat Bangunan Akademik di Politeknik Port Dickson (PPD) musnah 60 peratus dalam kebakaran awal pagi, hari ini.

Ketua Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.15 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian bersama satu jentera dan 10 anggota.

Katanya, ketika sampai pihaknya mendapati api sedang marak di tingkat empat bangunan pentadbiran terbabit.

Turut membantu Balai Bomba dan penyelamat Port Dickson dengan satu jentera dan 10 anggota.

"Api dapat dipadamkan sepenuhnya sejam kemudian. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Julai 2018 @ 11:53 AM