KEADAAN bas ekspres berkenaan. FOTO Ihsan Pembaca
Badrul Kamal Zakaria
badrulkamal@nstp.com.my


PENUMPANG sebuah bas ekspres cemas apabila kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbalik di Kilometer 3 Jalan Solok-Serom 8, dekat Tangkak, semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri, berkata dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, pemandu bas ekspres yang dalam perjalanan dari Terminal Bas Larkin di Johor Bahru ke Tangkak dipercayai hilang kawalan ketika melalui laluan berselekoh di kawasan berkenaan.

Katanya, lima penumpang bas cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tangkak, manakala empat lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu bas juga tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Mohad Idris berkata, kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Julai 2018 @ 5:45 PM