KENDERAAN dipercayai membawa Rosmah. FOTO Supian Ahmad
Wartawan NSTP
cnews@nstp.com.my


DATIN Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dilihat keluar dari kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur pada jam 12.09 tengah malam tadi dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna perak serta diiringi sebuah lagi kenderaan berwarna hitam.

Tinjauan BERNAMA di lokasi mendapati terdapat empat lagi orang dalam kenderaan yang dinaiki Rosmah, bagaimanapun identiti mereka dan lokasi yang dituju tidak dapat dipastikan.

Najib ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 petang semalam di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Najib ditahan berkaitan kes penyelewengan dana berjumlah RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Berita berkaitan

Peguam Najib berkumpul di Langgak Duta

Hari saya berdepan dugaan dunia - Najib

Hari saya berdepan dugaan dunia - Najib

Penyokong Najib berhimpun

Najib mungkin hadapi 10 pertuduhan

Najib bermalam di lokap SPRM

Najib tiba di SPRM Putrajaya

Najib didakwa esok

Najib Razak ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Julai 2018 @ 1:21 AM