RIZA ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. Abd Rahim Rahmat
BERNAMA

ANAK tiri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu Riza Aziz hanya diambil keterangan sahaja dan tiada keperluan untuk menahan beliau setakat ini, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Beliau ketika dihubungi berkata, Riza hanya diambil keterangan berhubung siasatan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setakat 9 malam ini, kenderaan Riza belum meninggalkan perkarangan bangunan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, walaupun media sudah diarah beredar sejak 7 malam.

Riza tiba di bangunan SPRM pada 1.32 tengah hari.

Riza dikaitkan dengan skandal 1MDB apabila syarikat perfileman yang ditubuhkannya didakwa menggunakan dana syarikat pelaburan kontroversi itu untuk menerbitkan sebuah filem.

Berita berkaitan

Riza Aziz hadir ke SPRM beri keterangan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 10:27 PM