Mohd Husni Mohd Noor dan Suhaila Shahrul Annuar
cnews@nstp.com.my


KIRA-KIRA 50 penyokong mula berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, sebagai tanda solidariti kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mereka tiba 8.45 malam tadi dan berkumpul sambil melaungkan 'Hidup Najib' bagi menyatakan sokongan kepada Najib.

Turut kelihatan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.

Setakat ini, lebih 50 wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi media dalam dan luar negara mula berkumpul di Ibu Pejabat SPRM bagi mengikuti perkembangan terkini berhubung tangkapan ke atas bekas Perdana Menteri itu.

Ketika ini, turut kelihatan beberapa anggota polis yang mengawal keadaan di pintu masuk SPRM.

Kawalan keselamatan ketat turut dilihat kepada semua kenderaan yang masuk dan keluar daripada bangunan berkenaan.

Berita berkaitan

Najib mungkin hadapi 10 pertuduhan

Najib bermalam di lokap SPRM

Najib tiba di SPRM Putrajaya

Najib didakwa esok

Najib Razak ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 9:23 PM