MENTERI Pertahanan, Mohamad Sabu, terkejut apabila diajukan soalan untuk mengulas penahanan Datuk Seri Najib Razak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
"Betulkah? Saya tidak tahu? Bila dia ditahan? Saya tidak mahu komen," katanya kepada media selepas mengiringi kepulangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menghadiri majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira, hari ini.
Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, 2.35 petang tadi, berkaitan siasatan kes SRC International Sdn Bhd.
Mohamad berkata, ketika Najib ditahan, beliau sedang sibuk berbual dengan Yang di-Pertuan Agong di meja tetamu utama di majlis berkenaan.
Berita berkaitan
• Najib mungkin hadapi 10 pertuduhan
• Najib bermalam di lokap SPRM