PUTRAJAYA 03 JULAI 2018. Sebahagian dari media menunggu di perkarangan bangunan SPRM berikutan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Wartawan NSTP
cnews@nstp.com.my


BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ditahan oleh Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB, 2.35 petang hari ini tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, 3.35 petang tadi.

Sumber berkata, Najib tiba di SPRM dengan menaiki kereta Proton Inspira merah selain diiringi empat kereta lain.

Difahamkan, kenderaan yang membawa Najib terus menuju ke tempat letak kereta bawah bangunan tanpa melalui lobi bangunan SPRM.

Najib difahamkan terus dibawa ke bahagian lokap SPRM yang terletak di aras bawah bangunan.

Task Force 1MDB hari ini mengesahkan menahan Najib di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur

berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

Berita berkaitan

Najib didakwa esok

Najib Razak ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 5:42 PM