Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@nstp.com.my


DUA suspek termasuk seorang pengarah syarikat ditahan reman selama enam hari untuk membantu siasatan berhubung dakwaan tuntutan palsu bagi projek tenaga solar sekolah di Sarawak.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua suspek masing-masing pengarah syarikat berusia 59 tahun dan peguam syarikat berusia 30 tahun disiasat mengikut Seksyen 18 Akta (a) SPRM 2009.

Difahamkan, kedua-duanya dipercayai terbabit dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM221 juta.

Mereka masing-masing ditahan SPRM, jam 2.45 petang dan 5.30 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Jun 2018 @ 11:59 AM
SUSPEK dibawa untuk prosiding reman. FOTO Mohd Fadhli Hamzah