Zanariah Abd Mutalib
zanariah_mutalib@nstp.com.my


BEKAS pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak direman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perintah reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek yang juga individu pertama yang direman berhubung siasatan kes itu ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya, pada jam 9.45 malam tadi ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, lelaki itu dikatakan memegang jawatan pengarah di sebuah syarikat yang dipercayai menerima wang transaksi daripada 1MDB.

Katanya, suspek juga adalah ahli lembaga pengarah kepada sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), namun meletakkan jawatan pada 5 Jun lalu.

Suspek dikatakan berkhidmat dengan Najib sejak 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Jun 2018 @ 11:57 AM
SUSPEK pada prosiding di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini. FOTO Mohd Fadli Hamzah