Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@nstp.com.my


PENGUSAHA kereta sewa berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas tuduhan membunuh seorang wanita yang juga penyewa kereta dalam kejadian awal bulan ini.

Tertuduh, Shamsuri Mohamad, 48, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Lim Kim Keat.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pembunuhan dengan melanggar mangsa, Yuliana berusia 40 tahun dengan memandu Perodua Myvi bernombor pendaftaran MCE4216 sehingga menyebabkan kematian wanita itu.

sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Lim Kim Keat.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd Rawi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Jun 2018 @ 2:07 PM
SHAMSURI diiringi anggota polis keluar dari mahkamah. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber