ISTERI bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan siasatan SRC International. FOTO Sairien Nafis
Mohd Husni Mohd Noor danTeoh Pei Ying
cnews@nstp.com.my


SELEPAS empat jam berlalu, isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor belum selesai memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International.

Beliau sebelum itu tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya 10.43 pagi tadi ditemani anak perempuannya Nooryana Najwa bersama suami Daniyar Kessibayev.

Bagaimanapun, Nooryana dan Daniyar terlebih dahulu meninggalkan bangunan berkenaan pada 11.40 pagi sebelum datang semula ke Ibu Pejabat SPRM, 2.45 petang tadi.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir dua kali ke sini iaitu pada 22 dan 24 Mei lalu bagi memberi keterangan berhubung kes sama.

SPRM pada Jumaat lalu, menyerahkan notis untuk memerintah kehadiran kepada Rosmah Mansor bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan.

Tinjauan NSTP mendapati, lebih 100 pengamal media tempatan dan asing mula berkumpul di Ibu Pejabat SPRM di sini sejak 7.30 pagi bagi mengikuti perkembangan terkini berhubung siasatan berkaitan SRC International itu.

Berita berkaitan

[UPDATE] Sudah tiga jam beri keterangan

Rosmah hadir di ibu pejabat SPRM [METROTV]

1MDB: Rosmah perlu hadir ke SPRM esok

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Jun 2018 @ 3:07 PM