Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@nstp.com.my


REMAJA lelaki yang disyaki membunuh penuntut perempuan Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) di Taman PD Permata, malam tadi direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, reman diperoleh di Mahkamah Majistret Port Dickson bermula hari ini sehingga Khamis depan.

Katanya, pihaknya setakat ini masih menjalankan siasatan terperinci membabitkan semua sudut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, suspek berusia 19 tahun itu yang juga bekas teman lelaki mangsa ditahan di rumah sewanya di Taman PD Idaman Idaman, Lukut selepas disyaki mencampak mayat mangsa, Nur Alya Damia Hairi, 19, di tepi jalan pada 10.45 malam.

"Hanya 15 minit mayat remaja ini ditemui, pihak polis berjaya mencekup suspek. Dia dibawa ke mahkamah pagi ini dan perintah reman selama tujuh hari diperoleh," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Faisal berkata, pihaknya akan menjalankan soal siasat dan memanggil beberapa individu berkaitan untuk memberikan keterangan.

Berita berkaitan

‘Kak Long sepatutnya balik petang ni’ [METROTV]

Bekas kekasih Nur Alya ditahan

'Kami menjerit, Allahuakbar.... '

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mei 2018 @ 5:48 PM