SULTAN Ibrahim (dua dari kiri) bersama Tunku Ismail (kiri) menerima mengadap Anwar (dua dari kanan) dan Nurul Izzah (kanan). Ihsan Royal Press Office
Mohd Fahmi Mohd Yusof
mohdfahmi@nstp.com.my


SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima mengadap Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, di Johor Bahru, malam tadi.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurut kenyataan dimuat naik dalam laman rasmi Baginda, pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam itu.

Hadir sama, anak perempuan Anwar iaitu Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Anwar tiba di perkarangan istana, pada jam 10.50 malam.

Selesai pertemuan itu, beliau mengiringi Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail ke majlis santapan, sebelum pulang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mei 2018 @ 1:15 AM