Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@nstp.com.my


LEBIH 100 motosikal terbakar dalam kebakaran yang disyaki berpunca daripada perbuatan khianat di Flat Angsana, USJ 1, di Subang Jaya, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu dipercayai berpunca akibat suspek tidak berpuas hati kerana ditegur membuat bising di bawah flet.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, susulan kejadian, pihaknya menahan lima remaja berusia 11 hingga 15 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.


FORENSIK Bomba menjalankan siasatan dalam satu kejadian kebakaran dimana lebih 100 buah motosikal terbakar yang disyaki berpunca daripada perbuatan khianat di Flat Angsana, USJ 1, Subang Jaya kira-kira pada jam 3 pagi tadi. NSTP/SUPIAN AHMAD

“Berdasarkan siasatan, deretan motosikal yang diletakkan di tingkat bawah blok F di flet berkenaan dibakar oleh suspek.

“Kejadian turut menyebabkan beberapa struktur dan kemudahan lain di tingkat berkenaan musnah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kejadian turut menyebabkan bekalan elektrik terputus, lif rosak dan saluran air bersih bocor.

Beliau berkata, pihak bomba memadamkan kebakaran kira-kira jam 3 pagi.


KEADAAN motosikal yang hangus isyaki berpunca daripada perbuatan khianat. FOTO/ SUPIAN AHMAD

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mei 2018 @ 12:08 PM