MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menunjukkan surat daripada Istana Negara ketika sidang media di Hospital Rehabilitasi Cheras, sempena hari pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mendapat pengampunan penuh Diraja. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Wartawan NSTP
am@hmetro.com.my


TIMBALAN Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan, beliau sudah menerima titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, bahawa baginda berkenan menerima mengadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, 12 tengah hari ini.

Menurutnya, baginda juga berkenan menerima mengadap Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail termasuk beliau sendiri di istana.

"Saya akan menyampaikan sendiri surat perkenan Tuanku kepada Datuk Seri Anwar dan Wan Azizah di mana kami akan bergerak ke Istana Negara, 11.30 pagi ini untuk mengadap Tuanku jam 12 tengah hari.

"Saya dan Anwar akan menyampaikan rasa junjung kasih kepada Tuanku atas perkenan memberi pengampunan itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mei 2018 @ 11:06 AM