Nur Aqidah Azizi
nur@nstp.com.my


MAHKAMAH Majistret Port Dickson hari ini, menangguhkan kes penganggur yang dituduh membunuh juruteknik pergigian berusia 28 tahun, awal tahun ini.

Majistret Siti Khairiah Abdul Razak menetapkan 5 Jun ini untuk membuat keputusan, sementara menunggu laporan dari Jabatan Kimia.

Tertuduh Abdul Malik Rosli, 19, kelihatan tenang ketika Siti Khairiah mengumumkan keputusan itu.

Abdul Malik yang memakai baju lokap berwarna jingga, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Mahusin Abdul Rahim di Klinik Kesihatan Lukut, 1.40 pagi pada 22 Januari lalu.

Seksyen itu membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan.


ABDUL Malik Rosli, 19 diiringi anggota polis susulan kes bunuh juruteknik pergigian berusia 28 tahun pada 22 Januari lalu di Mahkamah Majistret Port Dickson. FOTO Adzlan Sidek

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mei 2018 @ 11:44 AM