Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menunjukkan gambar suspek kes bunuh Dr Fadi M R AlBatsh Fatma. FOTO NSTP
Hasbi Sidek
mohd.hasbi@nstp.com.my


USAHA menangkap suspek yang menembak mati pensyarah warga Palestin, Dr Fadi M R AlBatsh Fatma, masih giat dijalankan walaupun beberapa jejak sudah dikesan.

Difahamkan, seorang daripada suspek yang gambar sebenarnya didedahkan minggu lalu, dipercayai sudah melarikan diri ke luar negara sejurus membunuh mangsa bersama seorang lagi lelaki.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meneruskan siasatan untuk menjejaki suspek itu yang dipercayai warga Asia Barat atau Eropah.

“Usaha menjejak serta memburu masih dilakukan secara menyeluruh di dalam dan luar negara.

“Kita juga berhubung dengan INTERPOL (Polis Antarabangsa) dan rakan (polis) di rantau ASEAN bagi membantu mengesan suspek amat dikehendaki ini,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan anugerah Pingat Jasa Negara (PJN) kepada 214 anggota dan pegawai PDRM.

Beliau turut menyampaikan surat penghargaan kepada dua wirawati PDRM yang mengharumkan nama negara ketika temasya Sukan Komanwel 2018 yang lalu.

Media sebelum ini melaporkan Mohamad Fuzi sebagai berkata, berdasarkan maklumat diperoleh, dua suspek terbabit dipercayai masuk ke negara ini menggunakan identiti palsu, malah tidak menolak kemungkinan mereka memiliki kemahiran dalam ketenteraan.

Berita berkaitan

Suspek kes tembak berpindah-randah - KPN

Penembak Dr Fadi sewa homestay?

[UPDATE] Jenazah Fadi selamat dikebumi [METROTV]

Jenazah Fadi selamat tiba di Gaza

Pembunuh Dr Fadi ‘cabut’ pakai Proton Saga...

Wajah pelepas rindu anak Dr Fadi

'Tugasan' dirancang tiga bulan...?

Laungan takbir, syahadah iringi jenazah Fadi

Ya Allah, tempatkan dia bersama para syuhada...

[UPDATE] Pulang ke Palestin malam ini

Polis dedah gambar suspek bunuh Fadi [METROTV]

[UPDATE] Alhamdulillah Mesir dah beri kelulusan]

"Suami kata, kamu sudah bersabar tunggu saya...']

Motosikal suspek tembak Dr Fadi ditemui...? [METROTV]

Jenazah Fadi masih di hospital [METROTV]

6 laluan potensi suspek bunuh Fadi

Israel nak halang jenazah Fadi masuk Gaza

Tunggu kelulusan Mesir

Ini lakaran wajah suspek bunuh Fadi

Jenazah Fadi dijangka dibawa pulang esok

Wajahnya tenang dan berseri... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

'Dr Fadi suka layan kerenah penuntut'

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

'Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman'

Mufti doa Fadi dapat syahid

[UPDATE] Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

'Arwah biasa jadi imam'

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit [METROTV]

Imam Palestin ditembak mati

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 April 2018 @ 5:45 PM