LAPORAN portal berita Harian Metro, semalam.
Safeek Affendy Razali
cnews@nstp.com.my


SUSPEK kes pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) Dr Fadi M R AlBatsh Fatma, 35, dipercayai sering berpindah-randah dengan menetap di beberapa kediaman di sekitar ibu kota.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, berdasarkan siasatan dijalankan sebelum ini mendapati suspek terbabit pernah menyewa rumah inap desa (homestay) di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

“Selain tinggal di rumah inap desa berkenaan, kita tidak menolak kemungkinan suspek turut berpindah-randah dan tinggal di beberapa kediaman lain.

“Butiran terperinci mengenai perkara itu masih disiasat berdasarkan segala maklumat daripada saksi,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Mohamad Fuzi bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada suspek terbabit masih berada dalam negara atau sebaliknya, namun akan terus menjalankan pemantauan bagi mengesan mereka.

Beliau berkata, usaha memburu dan menjejaki suspek utama kes pembunuhan itu giat dijalankan di seluruh negara.

Katanya, ketika ini polis masih mengumpul segala petunjuk termasuk penemuan motosikal, kereta dan kediaman yang disewa dalam usaha memburu mereka.

“Usaha memburu suspek utama kes berkenaan seperti gambar didedahkan sebelum ini dijalankan di peringkat domestik.

“Kita turut menjalankan kerjasama dengan pasukan Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi mengesan suspek terbabit jika masih berada dalam lingkungan rantau Asean.

“Pada masa ini polis masih meneliti segala bukti dan petunjuk bagi membolehkan identiti sebenar suspek dikenal pasti,” katanya.

Dalam kejadian pada 6 pagi 21 April lalu, mangsa ditembak lebih 10 das di depan kediamannya di Kondominium Idaman Puteri, Jalan Meranti, Medan Idaman, Setapak ketika dalam perjalanan ke surau berhampiran.

Mangsa dilaporkan ditembak suspek iaitu dua lelaki dipercayai warga asing yang menaiki motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Versys, sebelum melarikan diri dan meninggalkan kenderaan itu di Jalan Danau Niaga, Danau Kota.

Suspek kemudian didapati melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Saga berwarna kelabu.

Berita berkaitan

Penembak Dr Fadi sewa homestay?

[UPDATE] Jenazah Fadi selamat dikebumi [METROTV]

Jenazah Fadi selamat tiba di Gaza

Pembunuh Dr Fadi ‘cabut’ pakai Proton Saga...

Wajah pelepas rindu anak Dr Fadi

'Tugasan' dirancang tiga bulan...?

Laungan takbir, syahadah iringi jenazah Fadi

Ya Allah, tempatkan dia bersama para syuhada...

[UPDATE] Pulang ke Palestin malam ini

Polis dedah gambar suspek bunuh Fadi [METROTV]

[UPDATE] Alhamdulillah Mesir dah beri kelulusan]

"Suami kata, kamu sudah bersabar tunggu saya...']

Motosikal suspek tembak Dr Fadi ditemui...? [METROTV]

Jenazah Fadi masih di hospital [METROTV]

6 laluan potensi suspek bunuh Fadi

Israel nak halang jenazah Fadi masuk Gaza

Tunggu kelulusan Mesir

Ini lakaran wajah suspek bunuh Fadi

Jenazah Fadi dijangka dibawa pulang esok

Wajahnya tenang dan berseri... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

'Dr Fadi suka layan kerenah penuntut'

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

'Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman'

Mufti doa Fadi dapat syahid

[UPDATE] Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

'Arwah biasa jadi imam'

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit [METROTV]

Imam Palestin ditembak mati

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 April 2018 @ 7:25 PM