GAMBAR hiasan
Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@nstp.com.my


MAYAT lelaki ditemui dengan kesan tembakan di Ladang Sungai Rui, Ban Pasir, Jalan Gerik-Kupang, Gerik, hari ini.

Dalam kejadian pada 4 petang itu, mayat mangsa, 38, ditemui oleh orang awam dalam keadaan lengkap berpakaian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, pemeriksaan pihak polis menemui kesan tembakan di beberapa bahagian badannya.

Menurutnya, selain kesan tembakan, turut ditemui tiga kelongsong peluru dan sebuah motosikal berkuasa tinggi berdekatan mayat mangsa.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi NSTP, malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 April 2018 @ 11:33 PM