SESI di Dewan Undangan Negeri Johor, Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri. FOTO arkib NSTP
Mohd Fahmi Mohd Yusof
mohdfahmi@nstp.com.my


SATU mesyuarat khas EXCO akan diadakan petang ini sekiranya Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen pada pagi ini.

Jurucakap Pejabat Jurutulis Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata, mesyuarat khas EXCO itu akan diadakan pada 3 petang ini selepas Majlis Perasmian Masjid Pulai Indah yang dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

"Pakaian untuk EXCO beragama Islam ialah Baju Melayu, manakala bukan Islam adalah 'lounge suit'.

"Tiada sebarang kertas kerja akan dibentangkn dalam mesyuarat ini, hanya untuk memaklumkn pembubaran Dewan (DUN) untuk mendapatkan perkenan Sultan Johor," katanya kepada NSTP di Johor Bahru, hari ini.

Seperti kebiasaan diamalkan, Menteri Besar akan menghadap Sultan Johor bagi mendapat perkenan untuk membubarkan DUN Johor.

Speaker DUN Johor kemudian akan menyerahkan surat watikah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri dan pusat bagi memaklumkan pembubaran berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 April 2018 @ 9:26 AM