ANGGOTA polis mengiringi Ahmad Sabri yang dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000, hari ini, FOTO Zaid Salim
Helmy Abd Rahman
helmy_rahman@nstp.com.my


BURUH dihukum penjara sebulan dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini selepas didapati bersalah mencederakan bapa saudaranya, tahun lalu.

Tertuduh Ahmad Sabri Mohd Zaki, 23, turut berdepan hukuman tambahan sebulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

Keputusan dibuat selepas Ahmad Sabri didapati bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan atas bangkitan marah dengan menggunakan sebilah parang terhadap mangsa, Ahmad Hishamuddin Ngah, 43.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan rumah di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terenggangu pada 6.35 pagi, 3 Mac 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Faizah Nor Randeran di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 April 2018 @ 4:50 PM