MAYAT lelaki yang ditemui di dalam longkang di hadapan sebuah pangsapuri di Bandar Baru Ampang, Ampang, hari ini. FOTO Ihsan PDRM
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


MAYAT lelaki ditemui di dalam longkang di hadapan sebuah pangsapuri di Bandar Baru Ampang, Ampang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.41 pagi.

“Hasil maklumat diterima, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dihantar ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan.

“Sebaik tiba kami menemui mayat lelaki tempatan berusia 37 tahun berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui di lokasi.

“Siasatan awal dilakukan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian,” katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Difahamkan, mangsa dipercayai tergelincir ke dalam longkang berkenaan ketika membuang air kecil.

Motosikal mangsa turut ditemui berhampiran lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Mac 2018 @ 8:00 PM