Muhammad Yusri Muzamir
cnews@nstp.com.my


SEBUAH kereta bersama 18 motosikal yang diletakkan di kawasan parkir di Pusat Bayan, Bayan Lepas, musnah dalam kebakaran, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.10 malam sebelum tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Sejurus sampai di lokasi, kita dapati kebakaran berlaku di kawasan parkir pusat berkenaan yang turut menempatkan sebuah kereta dan 18 motosikal.


KEADAAN kereta dan motosikal yang musnah dalam kebakaran di Pusat Bayan, Bayan Lepas, malam tadi. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal

“Sebanyak empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan BBP Balik Pulau terbabit dalam operasi memadam kebakaran.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 9.40 malam, dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Katanya, kes berkenaan diserahkan kepada pegawai penyiasat kebakaran untuk siasatan lanjut.

“Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Mac 2018 @ 1:30 AM