CALON SPM Terengganu menunjukkan keputusan mereka. FOTO Rozainah Zakaria
Malik Muhamad
cnews@nstp.com.my


SERAMAI 278 calon memperoleh keputusan cemerlang A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu.

Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, tiga calon memperoleh A+ bagi semua mata pelajaran.

"Tiga pelajar terbaik berkenaan ialah Muhammad Khairul Azri Mohd. Khalid dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut dan Muhammad Syauqellah Razali (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik) yang masing-masing memperoleh 11A+.

"Manakala seorang lagi calon iaitu Nur Ellena Elmie dari SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus memperolehi 9A+," katanya pada sidang akhbar pengumuman SPM di pejabat Jabatan Pendidikan Terengganu (JPNT) di sini hari ini.

Shafruddin berkata, keputusan SPM 2017 ini juga mengatasi Gred Purata Kebangsaan iaitu 4.90 berbanding Gred Purata Kebangsaan 4.97.

"Ini pencapaian yang membanggakan pada tahun 2017 dan menyamai pencapaian terbaik sebelum ini yang pernah dikecapi Terengganu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Mac 2018 @ 12:51 PM