GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTPRASUL AZLI SAMAD
Teoh Pei Ying
peiying@nst.com.my


TAYAR pesawat Malindo Air dari Langkawi, Kedah menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pecah ketika mendarat di lapangan terbang berkenaan menyebabkan beberapa penerbangan tergendala 4.20 petang, hari ini.

Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melalui akaun rasmi Facebook, kesemua 33 penumpang di dalam pesawat berkenaan dipindahkan ke bangunan terminal dan diikuti dengan pemindahan bagasi mereka pada 5.05 petang.

"Pesawat itu terkandas di landasan menyebabkan penutupan landasan bagi pendaratan dan perlepasan pesawat lain di lapangan terbang itu.

"Kejadian itu menyebabkan lima pesawat Firefly dan tiga pesawat Malindo Air terpaksa dilencongkan ketika kejadian," katanya.

Usaha untuk mengalihkan pesawat itu dari landasan dijalankan dengan segera dan landasan dibuka semula dan beroperasi seperti biasa pada 6.30 petang.

MAHB turut menasihatkan penumpang yang terjejas akibat kejadian itu supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2018 @ 8:26 PM