Mohamad Zainal (tengah) menunjukkan racun perosak yang dirampas.
Muhammad Apendy Issahak
apendy@nstp.com.my


Seri Iskandar:Kumpulan digelar Geng Along Musa yang aktif dalam kegiatan pecah rumah, curi sawit, baja dan racun rumpai di sekitar Jejawi di sini, tumpas berikutan tertangkapnya tiga lelaki minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek berusia 22, 26 dan 31 tahun itu diberkas dalam serbuan di rumah di Kampung Chawi, Jejawi, di sini jam 11 malam 20 Februari lalu.

Menurutnya, serbuan dijalankan susulan enam laporan polis sejak Januari lalu berhubung kejadian kecurian di kampung berkenaan.

“Kumpulan ini terdiri daripada lima ahli membabitkan dua keluarga yang juga penduduk kampung,” katanya.

Mohamad Zainal berkata, hasil tangkapan pihaknya menahan dua pengusaha sawah berusia 67 dan 73 tahun di Langkap, Hilir Perak yang dipercayai menjadi pembeli racun dicuri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2018 @ 7:05 AM