FOTO Hiasan
Shahrul Nizam Mohamad
news@nstp.com.my

MAYAT tanpa identiti ditemui reput di dalam longkang di Jalan Kuantan-Pintasan Pelabuhan berhampiran Terminal Sentral Kuantan (TSK), Kuantan, petang tadi.

Mayat itu ditemui orang awam pada 6 petang sebelum dimaklumkan kepada Balai Polis Kuantan dihubungi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang bergegas ke lokasi penemuan untuk melakukan siasatan.

“Identiti mangsa gagal dikenal pasti kerana ditemui reput malah kita belum dapat memastikan jantina mayat berkenaan," katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.

Beliau berkata, polis mengklasifikasikan sebagai kes mati mengejut dan meminta orang ramai mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Februari 2018 @ 12:14 AM